Tuesday, July 13, 2010

ANAK-ANAK BUMI PALESTIN

Anak-anak muridku
Begitu leka bermain jari
Menghitung, mengira dan membilang
sambil berlagu-lagu
Menanti waktu pulang
kerana di rumah ada hidangan

Anak-anak bumi Palestin
termangu-mangu
melihat peluru berpandu
melebur rumah satu persatu
dan mereka sudah letih membilang

dan sudah letih untuk pulang
kerana yang ada di bawah runtuhan
adalah tulang-tulang berserakan
dan darah-darah berpercikan

Lalu di atas runtuhan
Anak-anak bumi Palestin
terus termangu-mangu
mencari pengertian
hak dan kebebasan

Umamah al-Edrus
1hb Jun 2010

Arsyah Yuda Ilmi
Arsyah Yuda Ilmi
Sangkakala kebebasan akan memenui mereka yg syahid utk dijemput malaikat surga akhirat.: ké esa-an tuhan tak akan diam akan selalu ditampakan oleh semua umat bawahsanya inilah yg jahat & yg dermawan... Doa hamba selalu menyertai kalian wahai para adek2 serdadu islamku
June 1 at 12:05am
Muhamad Syafiz
Muhamad Syafiz
isyaAllah..Islam akan menang seperti mana yg telah Dia janji kan..
June 1 at 12:16am ·
Syed Omar Syed Agil
Syed Omar Syed Agil
A timely poem by my wife. May Allah showers you with His blessing
June 1 at 7:23am ·
Zakiah Abdullah
very touching..
June 1 at 4:16pm
Syed Muhammad Haziq Al-edruce
Syed Muhammad Haziq Al-edruce
Ibu, dapat buat lagu tu. Indah kata2 itu...
June 3 at 12:04am ·
Sharifah Umamah Al-Edrus
Sharifah Umamah Al-Edrus
Terima kasih semua atas sokongan yg diberi.
Haziq....cadangan yg baik....:)
June 3 at 9:52am ·
Vit Novriani
Vit Novriani
bait2 yg indah kak mah,marilah kita sama2 berdoa untuk kebebasan bangsa palestin....
June 3 at 9:59am ·
Sharifah Umamah Al-Edrus
Sharifah Umamah Al-Edrus
Terima kasih ani......sajak tercipta selepas mengajar student tahun 4...yg asyik, leka dan seronok mengira.....ketika tu terfikir tentang anak2 Palestin yg tentunya mengalami suasana yg berbeza sekali.Anak2 kita sangat beruntung sekali.
June 3 at 10:52am ·
Ema Yulia
Ema Yulia
Semua umat islam berduka cita memikirkan nasib kawan seislam d PALESTIN . sama sama berdoalah kita untuk keamanan negegi PALESTIN.Mudah mudahan ALLAH memberi semangat,kekuatan,dan kemenangan kepada rakyat PALESTIN.ye kak Mah.
June 3 at 11:10am ·

June 4 at 8:07am ·
Sharifah Umamah Al-Edrus
Sharifah Umamah Al-Edrus
Tq Adam for liking.
June 15 at 12:06am ·
Prince Warta
Mksh... amat bermakna..
June 15 at 10:27am ·
Prince Warta
Prince Warta
Minta izin, kita 'share'.
June 15 at 10:28am

No comments:

Post a Comment