Yang tidak akan mampu berdiri
Untuk melorekkan garisan-garisan indah
Melainkan tuanku mengapuk aku
Memandu dan mendorongku
Mengikut kemahuannya
Mengikut kehendaknya
Aku adalah sebatang pensil
Yang apabila mulai tumpul
Aku akan diraut dan diraut
Meskipun aku merintih sakit
Namun tuanku tetap terus meraut
Kerana dia mahukan aku
menjadi tajam semula
Aku adalah sebatang pensil
Yang kadangkala begitu leka melorek
Lalu aku tergelincir
Maka terhasillah goresan-goresan jelek
Namun tuanku sekadar berkata.
"Tidak mengapa. Goresan jelek itu masih bisa dipadam"
Lalu aku dikapuk kemas lagi
Dan aku dipandu dan didorong lagi
Supaya aku tidak tergelincir lagi.
Aku adalah sebatang pensil
Meskipun aku cantik diluar
Dihias pelbagai warna
Dihias pelbagai rupa
Namun nilai sebenar diriku
Adalah kekebalan yang terkandung didalamnya
Yang akan melahirkan
Goresan dan lorekan yang indah
Aku adalah sebatang pensil
Yang akan meninggalkan goresan
Yang akan meninggalkan lorekan
pada sehelai kertas putih bersih
andaikata aku lorekkan dengan indah
maka indahlah kertas putih itu
andaikata aku lorekkan dengan jelek
maka jeleklah kertas putih itu.
Maka aku sebatang pensil
Harus sedar dan berhati-hati
terhadap semua gerak-lakuku
Kerana setiap lorekan itu
Adalah gambaran tindak-tandukku
Umamah Al-Edrus
18hb. Jun 2010
Ilham drpd catatan "Belajar Dari Sebatang Pensil"
Komen2 ketika sajak ini diletakkan di facebook:
Shaikhah Al-Edrus
Thanks
June 18 at 1:42pm
KhaNsa' SnEezer
wow~
June 18 at 1:45pm ·
Nur Watul
hikhikhik
hebatlah cikgu sye nie...
=D
hebatlah cikgu sye nie...
=D
June 18 at 2:15pm ·
Shaikha Alattas
good and vvvv true
June 18 at 2:20pm ·
Shariffah Ainon Syed Ariffin
Akak...hebat la penulisan akak.... saya suke sangat...
terasa seperti diri sendiri dan tingkah laku kita.....
Tq akak.....
terasa seperti diri sendiri dan tingkah laku kita.....
Tq akak.....
June 18 at 2:47pm ·
Prince Warta
JOB WELL DONE, Allah brfrmn,"..Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Qs39:9)
June 18 at 5:53pm ·
Huzaifah N Syadiyah
wuwuwuwuwu
June 18 at 6:16pm ·
Fathiah Zawawi
Garapan kata yang jelas & tajam. Saya kira penyampaian mesejnya lebih tuntas & tajam berbanding karya asal. Tahniah kerana berjaya memapar semula sebuah kisah dalam bentuk puisi untuk dinikmati oleh khalayak yang lebih luas. Saya mulai meminati karya2 anda...teruskan lagi. Thanks for sharing!
June 18 at 6:31pm ·
Nurul Faatihah Sulaiman
suka2...tringat ms wat karangan skolah rendah dulu...tp x r power camnie...:)
June 18 at 7:20
ءعبداين زاينال
Allah
June 18 at 9:25pm ·
Ema Yulia
cantik kak ma notah ini ..... ema bawakan pada diri ema .ema sebatang pensil, yg akan melorekan pada kertas putih menjadi lukisan yg indah.maksudnya.....ema akan coba mencorakan anak anak ema 3 putra menjadi orang berjaya kelak di dunia dan akhirat.ema akan cuba walaupun ema seorang ibu tunggal.INSYAALLAH....semua ini izin ALLAH .Apapun yg utamanya dari awal.......cara kita mendidik dan reziki yg kita bagi makan pd anak anak .
June 18 at 11:05pm ·
Syed Omar Syed Agil
Tahniah. satu nukilan yang hebat.
June 19 at 12:12am
Sharifah Hanisah Bilfagih
ye betul tu.. satu nukilan yg hebat..
June 19 at 12:44am
Nur Watul
sye doakn akk ema berjaya mendidik mereka...
amin...
amin...
No comments:
Post a Comment